(RAWAT JIWAMU)........................(TENANGKAN HATIMU) ................................(JIWAI AURAMU)


Friday 27 March 2020

GOLDEN SALT HOUSE SPA


Golden Salt House Spa atau lebih mesra dikenali sebagai Rumah Garam Segamat ditubuhkan pada 1 March 2020 di alamat No 17 Tingkat 1 Jalan Utama 3/4,Pusat komersial Taman Sri Utama ,85000 Segamat, Johor.

Ianya didaftarkan atas nama  GoldenSoul Empire dengan No Pendaftaran MA0248131-U.




Golden Salt House Spa merupakan satu-satunya Rumah Garam yang pertama di Malaysia(kategori rumah).Ianya merupakan salah satu tempat  menarik disegamat yang wajib dikunjungi jika datang ke sini dan menjadi salah satu pilihan baru, jika tourist melakukan tourism di Johor.

Selain itu di Malaysia kita ada beberapa kategori lain dalam industri bisnes garam bukit seperti Bilik Garam di Langkawi, Boutique Garam di Kota Tinggi Johor dan Cafe Garam di Seremban.

Perlu difahamkan bahawa golden salt house spa ini, BUKAN spa kecantikan.Tetapi ianya adalah pusat terapi garam bukit himalaya.

Motto Rumah Garam segamat adalah Realign, Relaxation dan Rejuvenation.

Realign-Rawat jiwamu dengan menyusun semula aura diri  dengan mendetoksifikasi aura negatif dan meresap aura yang positif.Tampal Aura yang bocor dan membesarkan kembali aura yang semakin mengecil.

Relaxation- Tenangkan hatimu dengan terapi "rest & release"  didalam rumah garam yang mempunyai kadar ion negatif yang tinggi.Membantu mengurangkan stress,memperbaiki sistem pernafasan dan membantu tidur dengan lena dan tenang bagi insomnia.

Rejuvenation- Jiwai Auramu dengan membuang sel-sel yang telah mati dan menghidupkan kembali sel-sel yang baru.Membantu proses peremajaan kulit seperti membantu mengecilkan liang pori dan membantu menjadikan kulit lebih halus.Ianya dapat menjadi asbab meningkatnya keyakinan diri seseorang,menaikkan semangat,membesarkan karisma dan menyerlahkan potensi diri.

RUMAH GARAM ini terbuka kepada semua kaum dan bangsa samada Melayu, Cina, India, Kadazan, Arabian, Pakistani, Mat salleh dan kepada sesiapa sahaja.

Tujuan utama pembukaan RUMAH GARAM  ini adalah untuk membantu ramai orang yang ingin  mendapatkan manfaat dari khasiat yang terdapat pada garam bukit Himalaya.Pada zaman ini masih ramai lagi yang masih belum sedari atau  masih belum tahu akan kebaikan garam bukit ini.Dan ini menjadi  asbab untuk saya mengambil tanggungjawab  ini untuk mendidik dan menyebarluaskan khasiat garam bukit ke serata dunia.

Pembinaan RUMAH GARAM  kami,mendapat khidmat nasihat dari segi design bilik dan bahan mentah  daripada Pemilik SALT ROOM , Langkawi Kedah  iaitu Cik Syifa dan  rakan perniagaannya, Sir Sayed Shadeed dari Egypt,Mesir. 

Ianya direalisasikan oleh beberapa orang sahabat dibidang masing-masing iaitu En Shamsul Khairi (construction), En Hamizaly (wallpaper & painting), En Nik Asni (Wayering & electrical) dan En Idzzuldin (piping).Manakala,  Sir Sayed adalah orang yang bertanggungjawab dalam membina dalaman  bilik garam sepenuhnya.







Buat Masa ini, didalam Malaysia hanya terdapat 2 sahaja Bilik garam yang dikelilingi 100% garam bukit Himalaya.Yang pertama di SALT ROOM,  LANGKAWI, KEDAH dan yang kedua adalah GOLDEN SALT HOUSE  SPA, SEGAMAT, JOHOR.Untuk masa akan datang mungkin ianya akan berkembang luas diserata negeri apabila ramai yang telah menyedari akan kepentingannya. Inshaallah.Kami doakan akan ada lagi orang lain yang sehati dan seimpian dengan kami.


SALT ROOM LANGKAWI KEDAH


GOLDEN SALT HOUSE SPA SEGAMAT JOHOR


Golden Salt House Spa juga merupakan Stokis Produk Aura Rezeki bagi daerah Segamat dan juga Negeri Sembilan.Kami menjual pelbagai produk Aura Rezeki seperti Garam mandian,Lampu Garam mewangi dan beberapa produk-produk kecantikan yang lain.Anda boleh lihat di halaman Aura rezeki didalam blog ini.





Aura Rezeki di asaskan oleh Puan JM Miswan. Kami selalu mendapat khidmat nasihat daripada beliau didalam menjalankan bisnes ini dan sentiasa dibantu oleh pihak pengurusan seperti Puan Azimah, Puan Roslina dan kak Jue dan dibimbing oleh Akademi Aura Rezeki pada setiap masa. 








Kami juga sentiasa mendapat sokongan yang padu daripada Team Aura Rezeki Johor yang diketuai oleh Masterstokis Johor , Puan Masreena Bakeri.Jika anda berminat untuk menyertai keluarga besar Aura Rezeki, anda boleh sertai kami pada bila-bila masa sahaja.Kami sangat mengalu-alukan penyertaan anda.Kami sedang mencari agent-agent baru yang ingin sama-sama membantu  menyebarluaskan kebaikkan garam bukit ini kepada lebih ramai orang dan sekaligus dapat menjana pendapatan.




RUMAH GARAM kami mempunyai 3 bilik khas untuk terapi yang berbeza.

a) Bilik yang pertama adalah bilik SALT ROOM.
Ini adalah bilik utama dan merupakan ‘main business’  didalam rumah garam kami.Bilik ini digunakan untuk membantu mengurangkan dan menenangkan emosi seseorang yang stress,serabut, tertekan dengan masalah-masalah harian hidup samada seseorang itu sedang belajar,sedang bekerja,sedang berniaga atau surirumah sepenuh masa.Ianya juga digunakan untuk membantu mengurangkan masalah asma,semput,lelah,masalah pernafasan,selsema dan masalah sukar tidur malam.

Selain itu,bilik ini  menyediakan tempat permainan bagi anak-anak yang mempunyai masalah yang dinyatakan diatas.Mereka boleh bernafas dalam partikel garam ketika mereka sedang bermain.
Bilik ini juga menyediakan tempat bagi mereka yang ingin menjalankan meditasi atau yoga bagi yang bukan muslim.Ianya boleh memuatkan 5 orang ahli dalam satu kumpulan bagi setiap sessi.
Selain itu juga, Sessi special treatment juga turut dijalankan didalam bilik ini.





b) Bilik yang kedua adalah bilik HAND & FOOT DETOX AND SAUNA ROOM.Bilik ini adalah bilik yang digunakan untuk mendetoksifikasi toksin dan juga untuk mengeluarkan peluh mengunakan ion negative.



c) Manakala bilik yang ketiga adalah bilik SALT BATH THERAPY .Bilik ini adalah bilik terapi mandian.Ianya digunakan untuk membantu membuang toksin ,mengurangkan sakit badan dan sendi dan membuang aura negative pada tubuh seseorang ,sekaligus akan menyerap dan menarik aura-aura positif disekeliling tubuh dan memberikan kesegaran serta kecergasan pada anda,membuatkan wajah anda lebh berseri,beraura,berkarisma dan lebih berkeyakinan yang akan meningkatkan potensi diri masing-masing jika mengikut sessi terapi ini secara konsisten.





RUMAH GARAM kami juga menyediakan tempat untuk melakukan terapi rendaman kaki.Terapi ini dapat membantu untuk membuang toksin melalui kaki dan dapat mengurangkan rasa sakit kaki,sakit lutut,bisa tapak kaki,kebas-kebas kaki,bengkak atau gout.




Selain itu kami juga menyediakan beberapa perkhidmatan dan kemudahan seperti:

a) 'Consultation session' tentang potensi diri oleh consultant kami en Adam Luffias.
b) Produk Aura Rezeki bagi mereka yang ingin melakukan terapi dirumah.
c) Surau untuk melakukan solat  bagi muslim.
d) Soul Garden bagi mereka yang menunggu pasangan dan ahli keluarga masing-masing.Sessi consultation juga dilakukan di taman jiwa ini.
e) Minuman ringan bagi mereka yg memerlukan.
f) Tandas untuk keselesaan diri.


Secara kesimpulannya kami menawarkan 5 jenis terapi buat anda semua iaitu:

a) Salt Room Therapy
b) Hand&foot Detox and Sauna Therapy
c) Himalayan Salt Bath Therapy
d) Foot Bath Therapy
e) Special treatment Therapy

Jika anda ingin ketahui tentang bagaimana setiap terapi itu dijalankan dengan lebih details, anda boleh klik dan lihat di segment terapi pilihan anda.

Kami doakan semoga lebih ramai orang akan mendapat manfaat dari garam bukit ini dengan izin Allah s.w.t.

Doakan Kami Berjaya untuk bantu lebih ramai orang ye.

Tenangkan hatimu..Rawat Jiwamu..Jiwai Auramu


Terima Kasih.

-samsulmajidi-